Ketika Bersendirian Di Rumah
Aku berada di rumah bersendirian pada malam itu.Ibubapaku sedang bertugas.Hampir tengah malam dan aku tidak boleh juga tidur.Pelbagai bunyi yang aku telah dengari pada malam itu.Kedengaran petir sabung-menyabung diikuti dengan bunyi guruh.Tiba-tiba,aku terdengar telefon rumahku berdering-dering.Aku jawab telefon itu tetapi tiada suara yang boleh didengari.Betapa terkejutnya aku apabila aku terdengar ketukan seseorang di pintu rumahku.Aku berkelam-kabut ke pintuku,sambil berharap bahawa ibubapaku telah sampai rumah.Apabila aku membuka pintu itu,tiada siapa yang aku ternampak…..